Dua terang satu gelap
Semalam satu, kini tiga
Sekarang yang pergi, biarkan pergi
Redha, pasrah, relakan hati
Kerana semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi
Berpuluh yang datang sana sini
Ratusan air mata berlinang hingga ke pipi
Hanya yassin dan doa mengiringi
Titisan air mawar dan kapan putih meliputi
Menjadi peneman di dalam sana nanti
Langit seakan mengerti
Seakan faham setiap isi hati
Tatkala riuh menjadi sunyi
Tawa berubah tangis
Engkau kini pergi
Pergi takan kembali
Wahai jasad !
Engkau tinggalkan semua kenalan
Yang engkau bawa hanya amalan
Dari tanah kau datang
Ke tanah jua kau kembali
Semoga engkau tenang
Menjawab soalan para malaikat kanan dan kiri
Moga roh kau dicucuri
Diangkat bersama yang beriman
Amanlah engkau di firdausi
Moga-moga diberkati
Disisi yang maha mengetahui
Al-Fatihah :(
Nukilan SheraIdris :)
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..