Gambar kau dia view berulang kali
Sehingga menjadi Crush si teman sejiwa sehati
Facebook, Instagram dia stalk setiap kali
Konon kau akan masuk dalam Mimpi
Berangan tak sudah, bangun pagi, terpaksa terima realiti
Kau tidaklah sesegak hero Dilwale yang netizen dambakan
Tidaklah sekacak Kaali mahupun Ramlal
Pengaruh dakwah buatkan kau hebat berdiri
Beribu share dan likes sudah menjadi lali
Ratusan ribu followers sudah kau miliki kini
Tegakkan Islam, utamakan cinta Ilahi
Pertama kali terserempaknya aku
Kau berbaju biru, berkupiah putih salju
Berselempang belang sangkut pula di bahu
Tegap, sado kata orang melayu
Sehingga senyuman menjerat si pemerhati dari jauh
Seakan ada cahaya yang meneragi wajah kau ketika itu
Lain rasanya berbanding gambar yang aku pernah tatap dahulu
Nak tegur lebih aku pula jadi malu
Teringat akan cerita Nabi Yusuf dahulu kala
Ramainya gadis yang tergila-gila
Sehingga ada terpotong jari tapi tidak terasa
Adakah kau bidadara syurga?
Kau bukanlah Pak Imam atau Ustaz
Tapi kau ada cahaya itu
Menjaga pandangan dan batasan
Tunduk saat berbicara pada bukan muhrimmu
Muka kau bersih putih kemerah merahan
Dan hati kau pun juga begitu
Patutlah dia jatuh hati
Sampai pernah terfikir untuk jadikan kau yang Halal untuknya
Tiada lagi istilah perigi cari timba
Cuma dia bimbang kau akan hilang tidak berjumpa
Cinta juga perlu masa untuk update hari-hari
Tapi dia takut untuk cinta dari manusia
yang belum tentu kekal abadi
Aku yakin
Kau boleh menjadi Imam yang sentiasa membimbing si isteri
Senantiasa ingatkan dia akan patuh pada suami
Jadikanlah dia si permaisuri hati
Yang akan menjagamu setiap hari
Nukilan SheraIdris :)
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..