Engkau yang kedua,
Selepas yang pertama..
Yang pertama,
Mengenali yang pertama saat itu di tingkatan tiga,
Lapan tahun mempertahankan hubungan dengan si dia,
Biarpun jauh demi mengengam sekeping diploma,
Namun engkau tetap ada, sentiasa ada.
Aku memahami engkau yang bekerja tidak tentu masa,
Aku setia dari tiada apa-apa hingga kau punya segala,
Sabar, setia dan aku sentiasa percaya,
Namun ada satu ketika,
Kau hilang tanpa khabar berita,
Bila ditanya kemana,
Tanpa alasan engkau tidak berbicara,
Hubungi dan mesej tanpa nada dan suara.
Saat ini aku terpandang yang kedua,
Yang kedua meluahkan perasaan di dada,
Kuat hati ini menjerit untuk "Move On" dan berulang di kepala,
Namun aku menolak kerana aku Setia.
Setelah yang pertama hilang entah kemana,
Yang kedua hadir tanpa diduga,
Tiga hari aku nyaris terlupa aku siapa,
Menangis meraung bagai esok tiada kerna yang pertama,
Makan, tidur, mandi tidak tentu masa,
Seketika aku tersedar, yang memberi dan mengambil itu yang di Atas sana.
Aku bersujud sambil berjurai air mata,
Yang kedua hadir setelah Istikharah pertama,
Datangnya engkau bagai bintang nun jauh disana,
Mudahnya aku terlalu percaya,
Lapan hari kau bermadah kata,
Secepat itu aku bagai terlena,
Khilaf aku secepat itu membalut luka lama,
Sedangkan aku tahu dia hanya manis berbicara,
berbicara panjang dengan dua keluarga,
Tapi akhirnya aku hanya experiment saja,
Sebagai gadis penghantar Ijazahnya cuma.
Benarlah orang kata,
Jika mudah ia datang, mudah juga ia pergi,
Aku kini redha dengan ketentuan ilahi,
Yang kedua datang bukan sebagai pengganti,
Tetapi hadir untuk aku belajar menjadi lebih kuat lagi,
Kini aku lebih faham permainan lelaki,
Ikhlas itu memang sukar untuk diperolehi.
Nukilan SheraIdris :) Edit for 18 January 2018
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment :)
Really Appreciated that..