Friday, December 27, 2019

BIARKAN

Biar,
Biarkan apa orang nak kata,
Biarkan mereka mengata,
Biarkan mereka.

Mereka tidak tahu,
Mereka tidak rasa,
Mereka tidak punya,
Mereka hanya berpura.

Berpura untuk dunia,
Berpura kerana nama,
Berpura demi pangkat semata,
Berpura atas benda yang sementara.

Yang kekal hanya jiwa,
Jiwa yang mengawal segala,
Apa yang mereka berkata,
Biarkan.


Nukilan SheraIdris :)

Kosong

Pernahkah kau rasa apa yang kau impikan selama ini, akhirnya kau dah capai,
Pernah?
Pernahkah kau berangan untuk punya segala, kini semua dihadapan mata,
Pernah?
Pernahkan kau percaya apa yang "kau Sekarang", adalah dari usaha kau sendiri,
Pernah?

Kau punya cita, punya kerjaya yang kau inginkan,
Kau punya harta, punya segala yang kau angankan,
Kau punya segala, punya mimpi yang kau idamkan,
Apa yang pernah kau nak dulu, kini menjadi realiti,
Petik sahaja, semua di hujung jari.

Tapi jauh dari sudut hati,
Masih ada kekosongan yang kau belum temui,
Kau masih mencari,
Mencari,
Mencari,
Tapi masih samar dihati ini.

Apa yang kau cari?
Apa yang hilang ni?

Jauh kau merenung, bersendiri memikirkannya,
Masih ada yang belum lengkap dalam diri ini,
Kau masih mencari,
Mencari,
Mencari,
Tapi masih tak jumpa lagi.

Ketahuilah diri ini,
Sesungguhnya Ia tidak pernah hilang,
Ada disaat kau suka mahupun duka,
Ada disaat kau tidak punya apa-apa,
Ada disaat kau jatuh papa kedana,
Ada disaat kau memikirkan bagaimana,
Dia sentiasa ada.

Apa?
Apa yang kau cari?

Sesungguhnya bila hati dah mati,
Kau lupa dari mana asal kejadian ini,
Kau lupa dengan siapa yang Maha Memberi,
Kau lupa dengan siapa yang Maha Menjaga kau selama ini,
Kau lupa dengan siapa yang Mengatur segala ini,
Dia yang selalu ada disisi,
Dia yang selalu memerhati,
Dia yang tidak pernah jemu menunggu untuk kau menyebut namanya lagi,
Kenapa harus Dia yang kau lupakan?

Bersyukurlah atas apa yang kau kecapi,
Tanpa Dia, kau tidak akan boleh berdiri atas kaki sendiri,
Tanpa Dia, kau tidak akan capai apa yang kau idam selama ini,
Tanpa Dia, kau bukan siapa-siapa,
Percayalah atas pinjaman yang sementara,
Segala yang kau punya bukan untuk selamanya,
Sampai masa kau harus harus tinggalkan dunia.

Bersyukurlah,
Bersujudlah,
Bersungguhlah,
Kerana apa yang kau ada,
Adalah dari DIA.


Nukilan SheraIdris :)